Thursday, February 17, 2011

Mee Bandung Muar yg Marveles!


tapi yg ni versi org Kluang ok. Dan ianya ialah resepi turun temurun dari Neni (mak kpd ayah aku) & diturunkan kepada ibu aku, & now, kepada aku. :)

di request dari uncle afzal. aku rase ade seminggu kot die request aku resepi ni, tp aku tak smpt2 lg share resepi ni ngan die. dah alang2, aku share trus dlm blog lah.

kalau nak tau, aku mmg terer bab2 memasak mee bandung ni. pejam mata pon siap ok. hahaha. gile berlagak kannn.. hahaha
ok,
DSC03866ini adalah hasil masakan ibu saye. nmpk sedap kan? mmg sodappp..:)

Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering / takpon Cili Boh yg dimesin tu.
  • bawang putih 
  • bawang merah
  • udang kering & Udang gegau – mesin halus. kalo letak udang ni byk, lg rase sedap..:)
  • Udang hidup
  • daging rebus (potong nipis) – daging rebus dulu, air daging simpan utk buat campur buat kuah mee bandung. akan jadik lg sodappp.. 
  • Sawi
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa, sos tomato kimball secukup rasa (biasa agak2 dlm sesudu dua jek). brand selain dr kimball takot nnti tak sedap & buat rasa jadik lain pulak. – tp ni OPTIONAL. tanak letak sos tomato pon takpe sbnrnye
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, tauhu, boleh dimasukkan ikut kesukaan masing2. (biase aku letak fishball, fishcake, telur & sawi jek.)
  • Kacang goreng – (kacang ni dimayang tanpa minyak dlm kuali, kemudian kite kisar. tp jgn kisar halus sgt.)
  • tepung jagung – utk pekatkan kuah.
Brg2 hiasan/tambahan:
  • bawang goreng, limau sambal sebagai hiasan. tp letak bawang goreng & perah limau akan jadik lg sedapp..
  • lada jeruk – sbg hiasan, atau perisa tambahan. sedap gua ckp lu..
Cara memasak:
  1. Blend cili kering, bawang putih & bawang merah.
  2. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. tggu sampai lada tu masak.
  3. Bile lada dah masak, masukkan air rebusan daging td.
  4. Kemudian, bole lah kite masukkan udang, daging rebus dan lain-lain perencah.
  5. Masukkan batang sawi, udang kering+udang gegau yg dikisar td.
  6. Kemudian bole masukkan kacang tanah yg dikisar td. (kacang ni tak payah byk, agak2 je la dlm 2,3 sudu)
  7. Masukkan garam secukup rasa. kemusian, masukkan sos tomato kimball td.
  8. Masukkan sikit air tepung jagung. Biar sehingga pekat.
  9. Bile dah gelegak2, masukkan sayur sawi & telur. (telur masuk bile time nak hidang pon bole gak)
SIAP! :)

Cara2 dihidangkan:
  • cuci mee, biasa aku rendam jap ngan air panas. tp taklah smpi kembang.
  • Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
  • Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan bawang goreng, limau sepotong, jika suka.
  • Hidangkan. SIAP!! :D

p/s: ini adalah resepi pertama yg aku masak bila dah duduk bujang. kalau ibu yg masak, mmg sedapppp gile gua ckp lu! 

err.. aku masak pon sedap gak. heheh.. nak jugakkkk kredit nye kan..hihih.. 

tibe2 mcm rindu kt ibu pulak. hukhuk.

Monday, February 7, 2011

Custard Cracker

ok kawan2,


oleh kerana cam ramai yg tanye kt FB & twitter camne nak buat custard cracker yg nmpk menggiurkan ni. so kali ni akak enon nak share resepi yg simple, serious mmg simple gile, yg dinamakan custard cracker! thanks to Puan Mal, isteri pd my official photog time kawen dulu utk share resepi dessert yg sgt simple, mudah & cepat untuk dibuat! thanks again puan..:)


ok, mari sambung..

yg ni custart cracker version saye. mmg penuh dgn icecream! & terbelah dua jadiknye.:)
dan yg ni pulak, version puan Mal, delicious kan? nmpk cam lain tp sama jek cara buatnye :)


Bahan-bahan:
tepung custard 4 sudu besar
1 tin susu cair + 4 cawan air
gula 3 sudu atau sesedap rasa
biskut cracker
milo
coklat rice (utk hiasan) bole jugak digantikan dgn strawberry, icecream, peanuts, dll. - ikut tekak masing2. :)

Cara-cara nye:

1) masak susu cair + 4 cawanair + 4 sudu tepung custard + 3 sudu gula masak sampai pekat untuk tuang atas biskut

2) dah pekat ketepikan.

3) susun biskut rapat2 dalam bekas.

4) tuang kuah custard td tutup semua bahagian.

5) kemudian, tabur milo. ulang step tadi ikut ketebalan yg anda suke.

6) lastly tabur milo n coklat rice, then sejukkan.

siap! bole jugak dimakan dgn ice cream, atau letakkan strawberries sebagai hiasan. dijamin mengenakkan!

selamat mencuba! :)