Tuesday, August 23, 2011

Bebola Roti Daging.

Hai mommies, Kali ni nak share resepi yg di try drpd Ina Achik, Aku Bukan Cheff.

Seriously, memang senang resepi2 dia. Dahla senang, sedap pulak tuh. Utk org yg tak berapa nak expert & masih kategori amatur mcm akak ni, mmg suka lah.

Tp kali ni, aku tukarkan udang tu dengan daging. Untuk version original mcm Aku Bukan Cheff, boleh lah klik kt sini.

So, here we goooo:

BEBOLA ROTI DAGING


Bahan2:
  • 3 keping roti - disiat kecik2
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 3 biji cili api - hiris
  • Daun sup - potong - kalau byk pon takpe sbb sedap. Tp jgn byk sgt smpi jdk bebola daun sup pulak!:P
  • Bawang besar 1/2 biji - potong dadu
  • Daging cincang. - aku guna minced beef yg beli timbang kt Giant. Senang & cepat empuk.
  • 1/2 sudu kiub ikan bilis
  • Sedikit lada putih - ni saja nak kasik efek rasa pedas geli2. 
  • 2 bijik telur - pukul dadar dulu, then baru campurkan.
Cara2: 


1. Gaulkan semua bahan. Then masukkan garam & sedikit Pak Aji, kalau suka.
2. Then ketulkan2 biar berbentuk bola.
3. Kemudia gorengkan dalam minyak dgn api perlahan.

 SIAP!

bebola roti daging - version terlebih garing.

Sorry lah, bebola roti akak ni version terlebih garing sbb ni suami akak yg tolong goreng. Dia mmg suka garing2, abes mcm hangus kelihatannye. Tp takpe, asalkan rasanye sedap. :)


Boleh makan dgn sos pencicah, tp aku makan dgn nasik. Rasa dah ala2 bedegil. tp ni lg senang nak buat kot dari begedil.

Selamat mencuba!

Monday, August 22, 2011

Kerabu Perut Simple!

Sempena suami yg kepingin nak makan kerabu perut, maka aku telah amik inisiaptip utk google resepi dari My Resepi. Simple je buatnya, senang. boleh lah korang cuba pasni. :)

serious, kerabu perut ni mmg sedap!

(resepi utk 3-4 org makan)

Bahan2
  • 1/2 kg Perut - direbus dengan sedikit halia dan serai dan dipotong halus
  • 1 biji tomato- dihiris atau dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar - dihiris atau dipotong dadu
  • 1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
  • sedikit daun kesum - dihiris halus- aku tak letak pon sbb lupa.
  • 3 biji limau kasturi - diambil airnya
  • 3 biji cili api - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • sedikit gula dan garam 
  • 1 sudu kecik kerisik - tak letak pon xpe, tp suami suruh letak.
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam & Gula secukup rasa.
 Cara2:
  1. Campurkan semua bahan dan digaul rata. Ramas2.
  2. Masukkan sos ikan, kerisik, garam & gula secukup rasa. 
  3. SIAPPP!! :)
Seriously, mmg terbaik la kerabu ni, untuk first timer mcm aku ni, kira sgt berjaya lah. Rasa dia masam2 pedas, jimat duit tak perlu beli kat bazar ramadhan. hehe..

Korang pon ape lagi, cubalah! :)

Bubur Chacha Durian berwarna-warni!

ni je hasil gmbr yg ada..


Setelah episod membuat Onde-onde yang gagal, (ye, aku tau kuih onde2 ni paling senang utk dibuat, tp aku gagal ok..) Hancur lulur hati sebab gagal. Sadis. Aku rasa, aku tak ditakdirkan utk membuat kuih-muih tradisional melayu. huhu.

Memandangkan aku pun tak pernah kasik buah tangan pd jiran sepanjang bulan puasa ni. Maka, aku telah beralih arah kepada Bubur Chacha Durian. Lagi senang kot. Aku harap makcik-jiran-sebelah-rumah aku suka. :)


BUBUR CHACHA DURIAN


 Bahan2:

Chacha (berapa byk ikut suka korang) - mestilah direbus berasingan dulu. Rebus sampai empuk sbb chacha ni lambat empuk.
Santan kelapa secukupnya - kalau pakai kotak, dlm satu kotak.
5 atau 6 ulas durian - ikut suka nak bape byk
gula merah/gula melaka
gula putih - ikut manis tekak korang
daun pandan 4 helai - utk efek kasik wangi
secubit garam - utk kasik efek rasa lemak2 gitu. jgn letak sesudu pulak! secubit sahaja. :)



 Cara2:
 
1. Rebus empuk chacha tu. Rebus berasingan.

2. Dalam periuk yg berlainan, campurkan semua bahan diatas, Air+Daun pandan, santan, gula merah, gula putih dan rebus atas dapur.
 
(Kalau nak guna gula merah, sukatan boleh sama dgn gula putih atau lebihkan sukatan gula putih atau kurangkan sukatan gula putih tu. Ikut kesukaan tekak masing2)

3. Masukkan isi durian & chacha yg dah direbus awal td. Kacau. SIAP!


bubur durian in the making, sebelum masukkan chacha.

Note:
  • Kalau isi durian tu dah nampak terlerai daripada bijinya, boleh tutup api. Dan lagi satu, bau durian tu dah semerbak wangi, petanda juga ia dah boleh ditutup api) 
  • Kalau biar terlalu lama atas api, bubur akan jadi terlalu pekat. Kalau ini berlaku, boleh tambah santan cair atau air suam atau panas.
  Aku suka campurkan chacha sebab aku suka efek warna-warni ni. Nampak ceria je.

Kalau korang nak gantikan Chacha dgn kacang hijau pon boleh, tapi kena rebus asing dulu kacang hijau sampai kacang tu empuk. Definisi empuk utk kacang hijau: nampak mengembang & seakan nak pecah.

----------------------

 Bubur ni boleh dimakan begitu sahaja, ataupon boleh dimakan dgn roti. Pergghhhh..lazatttt!! :)


sekian, bye! :)

Monday, August 15, 2011

Asam Pedas bling bling. :P


Hahaha. kelassss ko tajuk akak kali ni.

Sebenarnye ni resepi Asam pedas Johor-Melaka version org Kluang.

Ok, as per Afni's request, kali ni akak nak share resepi Asam Pedas. Boleh masak Asam Pedas Ikan, dan ikut org johor, ade je buat Asam Pedas Ayam.Lazat jugak. Resepi nya sama je, cuma gantikan ikan dgn ayam. SIAP!

Eh, tak siap lagi lah, ni dia resepi nya:

ASAM PEDAS IKAN PARI BLING-BLING.


asam pedas ikan pari bling2.sebab gmbr cam ade efek bling2. hehe


Bahan2: 
Ikan Pari / Ikan Tenggiri / Ikan Parang / Ikan Jenahak / Ikan Kembung ataupon Ayam. -baru2 ni akak masak Ikan Pari. - dipotong, bersihkan & perap dgn air asam jawa + garam utk hilangkan hanyir ikan.
*3 senduk - Cili Boh (Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air) - Kalau nakkan efek kuah pekat, tambahkan lagi beberapa sendukan.
*2-3 bijik - Bawang merah kecik.
*4 ulas - Bawang putih
*1 inci - Halia
*1/2 inci - Kunyit hidup. Kalau takde, letak sebuk kunyit jek satu sudu kecik.- yg ni utk efek kaler merah kekuning2an. ;)
*1/2 sudu kecik - lada hitam - Kena letak ni sikit, espcially utk Ikan Pari sbb nak hilangkan rasa hanyir ikan.
*1 inci - belacan
Segenggam - Asam jawa. - campurkan dgn air, kasik pekat2.
Daun Kesum - letak daun kesum baru terbaik. Tp kalau nak letak bunga kantan, or daun limau purut pon boleh. Tp dinasihatkan daun kesum je. Lg sedappp..
Sayur2an - Bendi, Tomato.
Garam & serbuk perasa secukupnya - Gula tak payah letak sebab nanti spoil rasa asam pedas tu.

Cara2:
1. Semua bahan yang bertanda (*) diblender hancur. Senang kerja, kisar sekali harung jek.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg diblender tadi sehingga garing & naik minyak - sambil dikacau rata.
3. Masukkan ikan.
4. Perahkan air asam jawa & tambah air lagi, agak2 mengikut rasa lidah masing2. jangan terlalu masam, or jangan terlalu cair. Jangan byk sgt air sebab nnti kuah cair. Agak2 pekat jek, sebab tu air asam jawa kena buat pekat2. Baru lah rasa nya jadik sekata. 

yg ni version tak letak daub kesum lagi, masih dlm kuali.
5. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam, serbuk perasa
6. Kemudian masukkan bendi, daun kesum, last skali masukkan tomato. 
7. Biarkan hingga mendidih & agak pekat sikit. 
SIAP! 
--------

Dilawankan dengan lauk: 

kacang buncis goreng!
Barulah betol THE TRUE JOHORIAN! 

Mwahahhahahahaahah! :D

SELAMAT MENCUBA!

Ketam Blackpepper - masakan special utk the sayams.:)

Ok, resepi ketam lagi, kali ni akak masak ketam special utk BFF sayams yg dtg berbuka di rumah. Kalau ikut menu request asal, bubur berlauk ala2 Kg Baru. Tapi suami akak ckp, ape menda bubur berlauk jek, masak la grand2 skit. So, Ketam Blackpepper it is! :)

Thanks to rakan2 twitter kerana memberikan idea utk masak ketam blackpepper ni. First time try masak Ketam Blackpper, ape lagi, google resepi la kan. So kali ni, resepi akak dpt dari sini. Tapi akak ade tambah2 skit la bab kicap & tepung jagung tu.


KETAM BLACKPEPPER.



ketam blackpepper.
  
Bahan2:
1 kg - ketam bunga/ketam nipah – bersihkan buang putih2 insang die tuh, kikis tajam2 kat kepit2 dia tuh. dan dibelah dua.
5 ulas bawang merah kecik - untuk dikisar
4 ulas bawang putih - untuk dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
Minyak untuk menumis
2 sudu besar - sos tiram
2 sudu besar - sos lada hitam
1 sudu besar - sos cili (sos cili letak sikit je)
1 sudu besar - kicap (untuk efek kuah gelap) - tak masukkan pon takpe, tiada paksaan
1 sudu besar - Lada hitam yg dikisar kasar.
1 labu - bawang besar - potong bulat2.
Setengah cawan air tepung jagung
Garam & Pak Aji secukup rasa. - sebenarnya tak payah letak pon takpe, sebab sos2 td mmg dah cukup masin, tp kalau yg gila masin, boleh la letak secubit dua garam.


Cara2: 
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan 3 jenis sos di atas & lada hitam yg telah dikisar kasar tuh. Masukkan sedikit air utk efek berkuah. & Sedikit kicap utk efek kuah gelap. (byk betol efek dlm masakan aku kali ni. haha)
3. Masukkan ketam. Gaul2 biar kuah tadi menyerap masuk kedalam celah2 ketam. Barulah so nyummy.
4.  Masukkan air tepung jagung utk efek kuah pekat.
5. Masukkan bawang besar yg telah dipotong bulat tadi.
6. Bila ketam dah masak (nampak kulit tukar kaler merah, isik jadik kaler putih), boleh angkat & hidang.

SIAP!
---------------------
Dilawankan dengan menu2 dibawah:
sayur capcai!
sup kaki ayam!
ikan pekasam goreng garing & ulam2an.




 Gambar sumber dari blog Kak Hana. Sbb aku lupa nak amik gmbr smlm. Tp rupenye lebih kurang mcm ni lah. :P


 Senang kan? Bff  Sayams makan dengan sungguh berselera sekali! Boleh la korang cuba pulak petang nanti.


Selamat mencuba! :)


Sunday, August 14, 2011

Ketam Cili Bertelur


Hi kawan2, 

Pagi ni akak nak share resepi lg. Resepi kali ni sama jek mcm masak Ketam Bercili yg plain, tp kali ni, cuma ditambah dengan telur jek. So rupenya jadi mcm telur hancur. Hancur2 pon, yg penting rasanye sedappppp! :)

Kali ni aku kasik anggaran berapa bijik bawang semua, so senang korang nak masak. BUT PLS NOTE: NI CUMA ANGGARAN UTK MASAKAN 1KG KETAM, Kalau kurang ketamnye, korang pandai2 la ye.

So, here we gooooo..

KETAM CILI BERTELUR


ketam bercili version akak - tak hias2 punya, yg penting sedap! :P

Bahan2: 
1 kg - ketam bunga/ketam nipah – bersihkan buang putih2 insang die tuh, kikis tajam2 kat kepit2 dia tuh. dan dibelah dua. (ni biasanya suami akak yg siang. dia mmg rajin bab2 siang ketam ni. faveret dia kan..)
5 ulas bawang merah kecik - untuk dikisar
4 ulas bawang putih - untuk dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
2 batang - serai – dititik
Minyak untuk menumis

1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar - sos tiram
2 senduk - cili boh (Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air)
2 biji - telur – dipukul
Garam & gula secukup rasa
1 labu - bawang besar–dibelah 8 - untuk hiasan

Cara2:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi. 
2. Bila dah naik bau, masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, (agak2 masam yg korang nak), masukkan sos tiram. 
4. Kemudian, masukkan serai yg dititik td. Gaul2 lagi.
5. Masukkan telur, tengok sampai telur tu separuh keras, then hancur2kan mcm scramble egg. Pastikan telur tu tak berketul besar sgt, or tak terlalu hancur (terpulang pd kegemaran individu masing2). Masukkan air untuk efek berkuah. 
6.Masukkan garam & gula secukup rasa. Kalau nak masukkan Pak Aji pon boleh, masukkan sikit jek, kalau korang nak efek botak, bleh masukkan stgh sudu Pak Aji. hehehe
7. Masukkan ketam, bawang besar & tutup kuali selama 5 minit. bila ketam dah masak (nampak kulit tukar kaler merah, isik jadik kaler putih), boleh angkat & hidang.
SIAP! 
Senang kan? Selamat mencuba! :)

Friday, August 12, 2011

Sayur Capcai - a.k.a sayur gebeng. :P



dimakan dgn sayur capcai. so nyummeh!

Basically, mcm sayur campur lah. Takde special pon, tp tak tau la apsal sedap. Maybe sbb manis sayur kot?

SAYUR CAPCAI.

Bahan2:
Sayur2an: Jagung kecik(babycorn), kacang buncis, Kubis panjang, Sawi, or anything yg korang rasa nak letak,- (nak kasik colorful skit, letak cili merah & carrot.)
Perencah2: Fishball, fish cake, Udang kecik2 size XS. - ni pon ikut suka masing2, nak letak ape pon boleh.
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 ulas bawang merah kecil - dicincang halus
sos tiram secukup rasa
garam secukup rasa
perasa secukup rasa
Satu sudu kiub ikan bilis Maggi, - takpon bleh letak ikan bilis yg ditumbuk skali jek. 
air+tepung jagung - tujuan utk pekatkan kuah, letak sikit jek, takyah banyak. Tapi kalau tanak letak pon takpe, tiada paksaan dlm memasak. Kretiviti masing2. 

Cara2: 
1. Potong semua bahan sayur mengikut kesesuaian. - (Ikut suka korang nak potong besar mana/bentuk mana)
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak.
3. Tumis bawang merah, bawang putih yang telah dicincang & satu sudu kiub ikan bilis Maggi, sehingga naik bau dengan api yang kuat.
4. Masukkan perencah2 seperti fishballs, fishcakes, udang2 kecik.
5. Masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi, utuk ilusi berkuah.
6. Masukan semua sayur2an yg telah dipotong tadi secara berjemaah. Kemudian gaulkan sehingga agak lembut, tapi jangan sampai sayur layu, nanti hilang pulak khasiat sayur tuh.
7. Masukan sos tiram, garam, dan perasa secukup rasa. 
8. Last skali, masukkan air+tepung jagung, utk pekatkan kuah nya.

SIAP!

---
gambar selingan,

Lauk sahur org malas nak masak.

Telur mata kerbau, ikan bilis, bawang besar, cili api goreng, & letak kicap, sos tiram skit > SIAP!

Sila makan dengan nasik panas2 ye utk kesan yg lebeh menikmatkan. :)

Sekian, toodles!  :D



Sambal Udang Petai - Pasti Terangkat!!!

 

Hi all,
Macam biasa, hari ni Akak terlebih rajin nak share resepi, lebih2 lagi tgh semangat nak memasak sepanjang bulan Ramadhan ni. so, here we gooooooooo..

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI.

Bahan2:
Udang - (boleh guna besar atau kecik. Tp nak best, belilah yg size XL atau XXL tu. dipotong separuh kepala/janggut2 nye, atau boleh buang kulit terus, senang skit nak makan.)
Petai buang kulit -kuantiti ikut suka.
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
sedikit belacan
air asam jawa (pekat) - secukup rasa
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
1 biji bawang besar hiris
garam secukup rasa
gula 3 sudu besar
Santan - nak letak boleh, tanak letak pon boleh. Terpulang.. kalau aku, biasenye aku tak letak, tgk stok santan di rumah. bole gitu? :P

Cara2:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah & belacan hingga lumat.
2. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
3. Masukkan lada boh.Biar naik minyak, api sederhana.
4. Masukkan udang, petai, gula, garam. Kacau sebentar dalam 2 minit dan masukkan bawang besar hiris.
(Sape2 yg suka, boleh masukkan Pak Aji sikit..).
5. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan santan, dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
7. Biar sekejap sampai udang & petai betul2 masak.

 SIAP! :)

Thursday, August 11, 2011

Ikan Bakar Bersambal ala Bazar Ramadhan. :P

Alhamdulillah, suami balik bercuti since 5th Ramadhan arituh. Senang hati aku. Terus semangat pegi shopping barang dapur & yg paling best, masak ala2 Bazaar Ramadhan. hehe.

Maka, sempena Ramadhan yg mulia ini, aku nak share resepi yg mudah dah senang. Resepi ni dapat dari sorang pakcik kt kampeni aku, dia email kt semua org. Tp i tell you, serious senang je resepi ni. Dahla senang, sedap pulak tuh. 2 hari berturut2 masak ikan pari bakar. Paling kick bila cicah dgn air asam. nyumnyum!

Ikan pari bakar bersambal - version mishawads.
dan dilawankan dgn sayur sawi goreng + telur

 Ok so, here we goooooooooooo.. 
 
Bahan2:

1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa. (Tak kesah la ikan ape, ikan terubuk ke, ikan kembung ke, tapi aku guna ikan pari)
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk
Halia, diketuk
Serai, diketuk
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam &; Gula Merah secukup rasa (kalau takde gula merah pon takpe, aku guna gula biase jek..)

Cara2:

1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar atas grillpan atau jaring2-pembakar-ikan-bakar (ataupon boleh bakar dlm oven) sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.

And not complete, without this....Air Asam!

Air Asam Jawa

1. Ramas segumpal asam jawa dengan air masak. 
2. Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj. Kepekatan ikut suka masing2. 
3.Bakarkan belacan, (tanak bakar pon boleh jugak), tumbuk, campur sekali dgn air asam yg diramas tuh.  
4. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi.
5. Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula. 

Siap...Selamat mencuba! :)