Wednesday, July 25, 2012

Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa.

Ini ialah resepi last minute yg dimasak oleh aku semalam. Raisya buat perangai, nak dekat pkol 6.30pm baru aku dpt masuk dapur.


Sepatutnya menu ni suami yg janji nak masak, tapi oleh kerana dia on duty semalam & ikan cencaru pon dah 2hari dia beli, aku pon masak je la kan. Nak tunggu dia masak, ntah bila ntah agaknya. Huhuhuhu (Sepatutnya dia masak utk aku kan, tp kira halal je la sbb effort dia ada, cuma tak berkesempatan je. HEHE)


Maka, mari tgk sajian utk berbuka semalam. Adik-beradik, Ibu aku & suami makan sampai licin uolsssssss. Kalau licin tu kira sedap la kan. Heuehueheue.


So, ini resepinya.


Menggunakan 2 kaedah. 
Satu( gmbr kanan): Sumbat dlm badan ikan & grill atas pemanggang biasa tu.
Dua (gmbr kiri): Lumur semua lebihan sambal tu atas badan ikan.
Dah mcm pais ikan dah. perahkan limau atasnya. SEDAPPP!





Bahan-bahan:


1 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah belakang)
Cuci & bersihkan. Sebelum sumbat dgn sambal kelapa tu, lumur sikit dgn garam.

Bahan-bahan untuk sambal kelapa:

1 cawan kelapa parut
2 senduk cili boh (blend)
3 biji bawang putih (blend)
3 biji bawang merah (blend)
1.5 cm belacan (blend)
1 sudu lada putih (blend)
2 batang serai (hiris halus & blend)
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu serbuk kunyit.
garam & gula



Cara-cara utk sambal kelapa:
1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan hingga kering.
2. Blend kesemua bahan yg mak kalerkan biru tu. Bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai, belacan dan lada putih hingga lumat.
3. Kemudian, panaskan kuali. Masakkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam kuali. 
4. Agak2 cilinya dah masak, masukkan serbuk kunyit, air asam jawa, gula & garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga mesra.
6. Ok, setel utk sambal kelapa. 

Cara-cara utk masak ikan cencaru:
1. Masukkan kesemua bahan tadi ke belakang ikan.
2. Balutkan dgn daun pisang, letak minyak sikit & panggang sehingga masak.
3. Bila ikan dah masak. Perahkan limau kasturi. (Penambah selera)
4. Hidangkan ikan cencaru panggang sumbat sambal kelapa dengan sambal kicap hiris cili+bawang+perahan limau. Serious, terangkat beb!!! 


SELAMAT MENCUBA! :)

Wednesday, June 20, 2012

Ayam Kung Pow - version belasah tak berapa nak jadik. huhuh

Atau juga dikenali sebagai Chicken Kung Poa, or ayam kungpoa. Mana2 pon boleh, janji paham...

Btw, resepi ni mak cilok dari Mat Gebu & Afni. Resepi yg Afni share pon sedap, simple & senang, tak renyah nak masak. Yg penting, mmg sedap.  Thanks ye uols .

Tapi aku buat ni mcm version tak berapa nak kemas la. Rupa mcm tak semenggah, tapi rasa sedap. Nak letak gambar pon segan sebenarnya. Version aku ni mcm terlebih hitam, terlebih kicap agaknye kot? Huhuh..

cili kering mak mcm hangus, pinggan pon sememeh. huhuh. sorry.

Ni resepi dari Mat Gebu. Perap ayam mcm dia ckp ni mmg terbaik, lazat!


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan) - aku tak letak ni
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan - yg ni pon aku tak letak, patut kena ada baru sedap. tp lantok lah. :P
1 1/2 camac besar sos hoisin - aku guna sos manis cap ABC
1 camca besar kicap cair - pon aku tak letak. ganti ngan kicap cap kipas udang.
1/2 camca besar kicap pekat - pon aku tak letak. ganti ngan kicap cap kipas udang.
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...
SIAP!

Credit to Mat Gebu & Afni. :)


P/S: Ini first time aku try masak ni, nanti 2nd time mesti lagi ok. Kalau aku try 2nd time, aku akan updet kat sini yek. Sorry kali ni masakan akak tak berapa nak vogue. huhu.

Monday, June 18, 2012

Sambal Daging Cili Api.

Salam mommies,

Dah lama dah akak tak updet blog masak ni. Ada lah dekat 9 bulan. Kalau pregnant ni mau dah beranak kan. Hehehe. Masak tu mmg masak, resepi yg baru pon ada dicuba, cuma tak sempat je nak updet kat sini. 

Apa2 pon, jom tgk apa yg akak nak share kali ni. :)



Bahan2:
Daging 
*Cili hijau - 3 bijik
*Cili api hijau - 10bijik (ikut kepedasan masing2)
*Halia - 1 inci
*Bawang merah kecik - 5 bijik
*Bawang putih - 2/3 ulas
Serai-1 batang - dititik
Bawang besar - potong bulat.
Asam keping -1 saiz kecil @ 1 1/2 sudu asam jawa
Sos tiram - dalam 3 sudu.
Garam secukup rasa
and of course, Minyak

Cara-caranya: 

1. Daging yg dah siap dihiris di perap seketika dgn sos tiram. Sos tiram ni utk melembutkan daging. So tak perlu la rebus dahulu. Kalau rebus dulu, nnti air manis daging tu hilang, tak sedap. So pasni (masa tgh masak) tak perlu lg masuk sos tiram sbb daging dah perap ngan sos tiram kan.
2. Kisar semua bahan2 yg bertanda *
3. Kemudian, tumis semua bahan kisar dan serai yg dititik hingga garing dan naik bau.
4. Masukkan daging rebus dan gaul hingga mesra. hehehe...
5. Last sekali, masukkan garam secukup rasa dan asam jawa.  Masukkan bawang merah yg dipotong bulat.
6. Biarkan daging sampai empuk (dalam 10 minit camtuh) dan angkat.
7. Siap utk dihidang!

Senang kan?

Selamat mencuba! :)