Wednesday, July 25, 2012

Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa.

Ini ialah resepi last minute yg dimasak oleh aku semalam. Raisya buat perangai, nak dekat pkol 6.30pm baru aku dpt masuk dapur.


Sepatutnya menu ni suami yg janji nak masak, tapi oleh kerana dia on duty semalam & ikan cencaru pon dah 2hari dia beli, aku pon masak je la kan. Nak tunggu dia masak, ntah bila ntah agaknya. Huhuhuhu (Sepatutnya dia masak utk aku kan, tp kira halal je la sbb effort dia ada, cuma tak berkesempatan je. HEHE)


Maka, mari tgk sajian utk berbuka semalam. Adik-beradik, Ibu aku & suami makan sampai licin uolsssssss. Kalau licin tu kira sedap la kan. Heuehueheue.


So, ini resepinya.


Menggunakan 2 kaedah. 
Satu( gmbr kanan): Sumbat dlm badan ikan & grill atas pemanggang biasa tu.
Dua (gmbr kiri): Lumur semua lebihan sambal tu atas badan ikan.
Dah mcm pais ikan dah. perahkan limau atasnya. SEDAPPP!





Bahan-bahan:


1 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah belakang)
Cuci & bersihkan. Sebelum sumbat dgn sambal kelapa tu, lumur sikit dgn garam.

Bahan-bahan untuk sambal kelapa:

1 cawan kelapa parut
2 senduk cili boh (blend)
3 biji bawang putih (blend)
3 biji bawang merah (blend)
1.5 cm belacan (blend)
1 sudu lada putih (blend)
2 batang serai (hiris halus & blend)
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu serbuk kunyit.
garam & gula



Cara-cara utk sambal kelapa:
1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan hingga kering.
2. Blend kesemua bahan yg mak kalerkan biru tu. Bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai, belacan dan lada putih hingga lumat.
3. Kemudian, panaskan kuali. Masakkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam kuali. 
4. Agak2 cilinya dah masak, masukkan serbuk kunyit, air asam jawa, gula & garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga mesra.
6. Ok, setel utk sambal kelapa. 

Cara-cara utk masak ikan cencaru:
1. Masukkan kesemua bahan tadi ke belakang ikan.
2. Balutkan dgn daun pisang, letak minyak sikit & panggang sehingga masak.
3. Bila ikan dah masak. Perahkan limau kasturi. (Penambah selera)
4. Hidangkan ikan cencaru panggang sumbat sambal kelapa dengan sambal kicap hiris cili+bawang+perahan limau. Serious, terangkat beb!!! 


SELAMAT MENCUBA! :)

1 comment:

  1. dapnya.... terliur!!

    BW kat sini. jom join blogging challenge dengan saya...

    ReplyDelete