Monday, August 22, 2011

Kerabu Perut Simple!

Sempena suami yg kepingin nak makan kerabu perut, maka aku telah amik inisiaptip utk google resepi dari My Resepi. Simple je buatnya, senang. boleh lah korang cuba pasni. :)

serious, kerabu perut ni mmg sedap!

(resepi utk 3-4 org makan)

Bahan2
  • 1/2 kg Perut - direbus dengan sedikit halia dan serai dan dipotong halus
  • 1 biji tomato- dihiris atau dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar - dihiris atau dipotong dadu
  • 1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
  • sedikit daun kesum - dihiris halus- aku tak letak pon sbb lupa.
  • 3 biji limau kasturi - diambil airnya
  • 3 biji cili api - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • sedikit gula dan garam 
  • 1 sudu kecik kerisik - tak letak pon xpe, tp suami suruh letak.
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam & Gula secukup rasa.
 Cara2:
  1. Campurkan semua bahan dan digaul rata. Ramas2.
  2. Masukkan sos ikan, kerisik, garam & gula secukup rasa. 
  3. SIAPPP!! :)
Seriously, mmg terbaik la kerabu ni, untuk first timer mcm aku ni, kira sgt berjaya lah. Rasa dia masam2 pedas, jimat duit tak perlu beli kat bazar ramadhan. hehe..

Korang pon ape lagi, cubalah! :)

No comments:

Post a Comment