Monday, August 22, 2011

Bubur Chacha Durian berwarna-warni!

ni je hasil gmbr yg ada..


Setelah episod membuat Onde-onde yang gagal, (ye, aku tau kuih onde2 ni paling senang utk dibuat, tp aku gagal ok..) Hancur lulur hati sebab gagal. Sadis. Aku rasa, aku tak ditakdirkan utk membuat kuih-muih tradisional melayu. huhu.

Memandangkan aku pun tak pernah kasik buah tangan pd jiran sepanjang bulan puasa ni. Maka, aku telah beralih arah kepada Bubur Chacha Durian. Lagi senang kot. Aku harap makcik-jiran-sebelah-rumah aku suka. :)


BUBUR CHACHA DURIAN


 Bahan2:

Chacha (berapa byk ikut suka korang) - mestilah direbus berasingan dulu. Rebus sampai empuk sbb chacha ni lambat empuk.
Santan kelapa secukupnya - kalau pakai kotak, dlm satu kotak.
5 atau 6 ulas durian - ikut suka nak bape byk
gula merah/gula melaka
gula putih - ikut manis tekak korang
daun pandan 4 helai - utk efek kasik wangi
secubit garam - utk kasik efek rasa lemak2 gitu. jgn letak sesudu pulak! secubit sahaja. :)



 Cara2:
 
1. Rebus empuk chacha tu. Rebus berasingan.

2. Dalam periuk yg berlainan, campurkan semua bahan diatas, Air+Daun pandan, santan, gula merah, gula putih dan rebus atas dapur.
 
(Kalau nak guna gula merah, sukatan boleh sama dgn gula putih atau lebihkan sukatan gula putih atau kurangkan sukatan gula putih tu. Ikut kesukaan tekak masing2)

3. Masukkan isi durian & chacha yg dah direbus awal td. Kacau. SIAP!


bubur durian in the making, sebelum masukkan chacha.

Note:
  • Kalau isi durian tu dah nampak terlerai daripada bijinya, boleh tutup api. Dan lagi satu, bau durian tu dah semerbak wangi, petanda juga ia dah boleh ditutup api) 
  • Kalau biar terlalu lama atas api, bubur akan jadi terlalu pekat. Kalau ini berlaku, boleh tambah santan cair atau air suam atau panas.
  Aku suka campurkan chacha sebab aku suka efek warna-warni ni. Nampak ceria je.

Kalau korang nak gantikan Chacha dgn kacang hijau pon boleh, tapi kena rebus asing dulu kacang hijau sampai kacang tu empuk. Definisi empuk utk kacang hijau: nampak mengembang & seakan nak pecah.

----------------------

 Bubur ni boleh dimakan begitu sahaja, ataupon boleh dimakan dgn roti. Pergghhhh..lazatttt!! :)


sekian, bye! :)

No comments:

Post a Comment