Thursday, August 11, 2011

Ikan Bakar Bersambal ala Bazar Ramadhan. :P

Alhamdulillah, suami balik bercuti since 5th Ramadhan arituh. Senang hati aku. Terus semangat pegi shopping barang dapur & yg paling best, masak ala2 Bazaar Ramadhan. hehe.

Maka, sempena Ramadhan yg mulia ini, aku nak share resepi yg mudah dah senang. Resepi ni dapat dari sorang pakcik kt kampeni aku, dia email kt semua org. Tp i tell you, serious senang je resepi ni. Dahla senang, sedap pulak tuh. 2 hari berturut2 masak ikan pari bakar. Paling kick bila cicah dgn air asam. nyumnyum!

Ikan pari bakar bersambal - version mishawads.
dan dilawankan dgn sayur sawi goreng + telur

 Ok so, here we goooooooooooo.. 
 
Bahan2:

1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa. (Tak kesah la ikan ape, ikan terubuk ke, ikan kembung ke, tapi aku guna ikan pari)
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk
Halia, diketuk
Serai, diketuk
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam &; Gula Merah secukup rasa (kalau takde gula merah pon takpe, aku guna gula biase jek..)

Cara2:

1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar atas grillpan atau jaring2-pembakar-ikan-bakar (ataupon boleh bakar dlm oven) sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.

And not complete, without this....Air Asam!

Air Asam Jawa

1. Ramas segumpal asam jawa dengan air masak. 
2. Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj. Kepekatan ikut suka masing2. 
3.Bakarkan belacan, (tanak bakar pon boleh jugak), tumbuk, campur sekali dgn air asam yg diramas tuh.  
4. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi.
5. Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula. 

Siap...Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment