Friday, August 12, 2011

Sayur Capcai - a.k.a sayur gebeng. :P



dimakan dgn sayur capcai. so nyummeh!

Basically, mcm sayur campur lah. Takde special pon, tp tak tau la apsal sedap. Maybe sbb manis sayur kot?

SAYUR CAPCAI.

Bahan2:
Sayur2an: Jagung kecik(babycorn), kacang buncis, Kubis panjang, Sawi, or anything yg korang rasa nak letak,- (nak kasik colorful skit, letak cili merah & carrot.)
Perencah2: Fishball, fish cake, Udang kecik2 size XS. - ni pon ikut suka masing2, nak letak ape pon boleh.
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 ulas bawang merah kecil - dicincang halus
sos tiram secukup rasa
garam secukup rasa
perasa secukup rasa
Satu sudu kiub ikan bilis Maggi, - takpon bleh letak ikan bilis yg ditumbuk skali jek. 
air+tepung jagung - tujuan utk pekatkan kuah, letak sikit jek, takyah banyak. Tapi kalau tanak letak pon takpe, tiada paksaan dlm memasak. Kretiviti masing2. 

Cara2: 
1. Potong semua bahan sayur mengikut kesesuaian. - (Ikut suka korang nak potong besar mana/bentuk mana)
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak.
3. Tumis bawang merah, bawang putih yang telah dicincang & satu sudu kiub ikan bilis Maggi, sehingga naik bau dengan api yang kuat.
4. Masukkan perencah2 seperti fishballs, fishcakes, udang2 kecik.
5. Masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi, utuk ilusi berkuah.
6. Masukan semua sayur2an yg telah dipotong tadi secara berjemaah. Kemudian gaulkan sehingga agak lembut, tapi jangan sampai sayur layu, nanti hilang pulak khasiat sayur tuh.
7. Masukan sos tiram, garam, dan perasa secukup rasa. 
8. Last skali, masukkan air+tepung jagung, utk pekatkan kuah nya.

SIAP!

---
gambar selingan,

Lauk sahur org malas nak masak.

Telur mata kerbau, ikan bilis, bawang besar, cili api goreng, & letak kicap, sos tiram skit > SIAP!

Sila makan dengan nasik panas2 ye utk kesan yg lebeh menikmatkan. :)

Sekian, toodles!  :D



No comments:

Post a Comment