Monday, February 7, 2011

Custard Cracker

ok kawan2,


oleh kerana cam ramai yg tanye kt FB & twitter camne nak buat custard cracker yg nmpk menggiurkan ni. so kali ni akak enon nak share resepi yg simple, serious mmg simple gile, yg dinamakan custard cracker! thanks to Puan Mal, isteri pd my official photog time kawen dulu utk share resepi dessert yg sgt simple, mudah & cepat untuk dibuat! thanks again puan..:)


ok, mari sambung..

yg ni custart cracker version saye. mmg penuh dgn icecream! & terbelah dua jadiknye.:)
dan yg ni pulak, version puan Mal, delicious kan? nmpk cam lain tp sama jek cara buatnye :)


Bahan-bahan:
tepung custard 4 sudu besar
1 tin susu cair + 4 cawan air
gula 3 sudu atau sesedap rasa
biskut cracker
milo
coklat rice (utk hiasan) bole jugak digantikan dgn strawberry, icecream, peanuts, dll. - ikut tekak masing2. :)

Cara-cara nye:

1) masak susu cair + 4 cawanair + 4 sudu tepung custard + 3 sudu gula masak sampai pekat untuk tuang atas biskut

2) dah pekat ketepikan.

3) susun biskut rapat2 dalam bekas.

4) tuang kuah custard td tutup semua bahagian.

5) kemudian, tabur milo. ulang step tadi ikut ketebalan yg anda suke.

6) lastly tabur milo n coklat rice, then sejukkan.

siap! bole jugak dimakan dgn ice cream, atau letakkan strawberries sebagai hiasan. dijamin mengenakkan!

selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment