Monday, August 15, 2011

Ketam Blackpepper - masakan special utk the sayams.:)

Ok, resepi ketam lagi, kali ni akak masak ketam special utk BFF sayams yg dtg berbuka di rumah. Kalau ikut menu request asal, bubur berlauk ala2 Kg Baru. Tapi suami akak ckp, ape menda bubur berlauk jek, masak la grand2 skit. So, Ketam Blackpepper it is! :)

Thanks to rakan2 twitter kerana memberikan idea utk masak ketam blackpepper ni. First time try masak Ketam Blackpper, ape lagi, google resepi la kan. So kali ni, resepi akak dpt dari sini. Tapi akak ade tambah2 skit la bab kicap & tepung jagung tu.


KETAM BLACKPEPPER.



ketam blackpepper.
  
Bahan2:
1 kg - ketam bunga/ketam nipah – bersihkan buang putih2 insang die tuh, kikis tajam2 kat kepit2 dia tuh. dan dibelah dua.
5 ulas bawang merah kecik - untuk dikisar
4 ulas bawang putih - untuk dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
Minyak untuk menumis
2 sudu besar - sos tiram
2 sudu besar - sos lada hitam
1 sudu besar - sos cili (sos cili letak sikit je)
1 sudu besar - kicap (untuk efek kuah gelap) - tak masukkan pon takpe, tiada paksaan
1 sudu besar - Lada hitam yg dikisar kasar.
1 labu - bawang besar - potong bulat2.
Setengah cawan air tepung jagung
Garam & Pak Aji secukup rasa. - sebenarnya tak payah letak pon takpe, sebab sos2 td mmg dah cukup masin, tp kalau yg gila masin, boleh la letak secubit dua garam.


Cara2: 
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan 3 jenis sos di atas & lada hitam yg telah dikisar kasar tuh. Masukkan sedikit air utk efek berkuah. & Sedikit kicap utk efek kuah gelap. (byk betol efek dlm masakan aku kali ni. haha)
3. Masukkan ketam. Gaul2 biar kuah tadi menyerap masuk kedalam celah2 ketam. Barulah so nyummy.
4.  Masukkan air tepung jagung utk efek kuah pekat.
5. Masukkan bawang besar yg telah dipotong bulat tadi.
6. Bila ketam dah masak (nampak kulit tukar kaler merah, isik jadik kaler putih), boleh angkat & hidang.

SIAP!
---------------------
Dilawankan dengan menu2 dibawah:
sayur capcai!
sup kaki ayam!
ikan pekasam goreng garing & ulam2an.




 Gambar sumber dari blog Kak Hana. Sbb aku lupa nak amik gmbr smlm. Tp rupenye lebih kurang mcm ni lah. :P


 Senang kan? Bff  Sayams makan dengan sungguh berselera sekali! Boleh la korang cuba pulak petang nanti.


Selamat mencuba! :)


2 comments:

  1. Wah, sy pn baru cadang nak masak ketam black paper. tq..

    ReplyDelete
  2. Wah, sy pn baru cadang nak masak ketam black paper. tq..

    ReplyDelete